Umur dah suku abad pun tak ada kerja? ada kerja tapi tak sesuai? tukar kerja sana sini masih tidak memberi kepuasan bekerja? dilema dgn pekerjaan sama ada kerajaan atau swasta? parents suruh kerja gomen sebab masa depan terjamin tapi gomen semakin membuang pekerja bukan hire pekerja. So terpaksalah bekerja apa yang terbentang di depan mata.
Bagi cik qila JUST FOLLOW THE FLOW hehe.. Buat anda yang follow blog cik qila yang berhabuk lama tu mengenai Mcd Management Trainee, cik qila dgn ini mengumumkan bahawa dia tidak lagi bekerja di Mcdonald. Sekian. Hal ini kerana beberapa faktor iaitu PENAT PENAT PENAT ! Penat dgn segalanya. Sesiapa yang bekerja di F&B akan faham dengan statement cik qila. Kerja di mcd banyak mengajar cik qila tentang manusia yang macam2 ragam. Cik qila sekarang bekerja di company lain tapi sesiapa yang ingin tanya cik qila mengenai mcd, do pm me k. I will share apa yang cik qila tahu ☺
Terdapat pro n con job-hopping ni..
PRO
- Dapat ramai kenalan
- Gaji boleh demand lebih tinggi (pastikan record previous company baik k)
- Dapat banyak skills
CON
- New employer akan rasa sedikit was-was untuk ambil bekerja
- Perlu kerap menyesuaikan diri
- Selalu kena start dari bawah atau belajar dari bawah
Boleh kalau nak job-hopping tetapi pastikan sebelum lompat ke kerja lain anda telah bekerja selama sekurang-kurangnya 2 tahun di syarikat sebelumnya. Hal ini kerana menunjukkan anda memang inginkan pengalaman yang baru dan bukannya kerana anda sering menimbulkan masalah dalam syarikat.
Teruskan mencari pekerjaan apa yang anda ingin. Bekerja lah dahulu sebelum mendapat kerja yang sesuai. Dalam dunia yang semakin kejam ini PERGHHHHH KEJAMM hahaha janganlahh kita memilih sangat kerja. Just grab what u see first! Peluang lain akan datang dengan izin Allah.
Untuk tahun 2019 ni cik qila sebenarnya nak lebih fokus untuk cari cinta. tapi tu la jodoh nya main nyorok2 kot. haha doa kan yang terbaik untuk cik qila k.. lebiuuu ollls xoxo kbaiiii